Thursday, March 26, 2009

apa yang kite cari dalam hidup yg singkat ini

ku fikir...apa yg sebenarnya aku cari dalam hidup ini..ku perhatikan manusia-manusia di sekelilingku, ade yang sanggup buat ape saje utk dapat cari wang, ade yg menghabiskan mase mereka dgn kereta2 atau motor2 yg disanyangi, ade yg berusaha study sungguh2 spy masa depan mereka terjamin dgn dpt kerja yg best, ade yg menghabiskan masa dan tenaganya utk org yg dia sayangi...ku lihat macam2 ragam manusia ini, ragam yg tidak selari dengan tujuan Allah ciptakan mereka, itulah yg dapat ku simpulkan. mereka sanggup bersusah payah utk mengejar impian dan cita2 mereka yg pada pandangan ku ia adalah impian dan cita2 yg kecil yg tidak dpt menjamin kehidupan mereka disana nanti., aku...aku ingin mencari redhaNya, aku yakin dengan apa yg aku cari ini, aku yakin hanya Dia lah tujuan hidup ku..wahai manusia marilah bersama2 tuk mencari redhaNya...

Wednesday, March 18, 2009

luahan perasaan seorang hamba-Nya.

Manisnya iman yang aku rase bila aku berada dalam lingkaran ketaatan padaNya.tapi apakan daya diri ini, kadang2 aku dapat merasakannya sekejap sahaja, kerana aku sendiri yang memilih utk keputusan itu, aku tak sabar utk menahan bisikan al-hawa' yang tidak pernah henti2 memujuk hati ini utk keluar dari lingkaran yang penuh dgn ketenangan itu.memang Allah hanya memberi dua jalan kepada aku jalan ketaqwaan dan jalan kefasikan ("maka Dia mengilhamkan kepadanya (jiwa) jalan kejahatan dan ketaqwaan"; As-Syams 91:8) tak ada jalan tengah wahai diri, jika waktu solat engkau sujud pada-Nya maka selepas itu engkau bertindak mengikut al-hawa', ingatlah diri sebenarnya engkau belum masuk ke dalam islam sepenuhnya ("wahai orang-orang beriman masuklah ke dalam islam secara keseluruhannya";Al-Baqarah 2:208) dan dgn itu engkau tak akan dapat cinta-Nya.ya Allah tolonglah aku, aku mahu merasai cinta mu, aku belum puas lagi untuk merasai nikmat manisnya iman ini dan aku tahu memang diri ini tak akan puas untuk merasainya. ya Allah berilah kekuatan kepada diri ini untuk tidak berputus asa mencari cinta Mu yang agung itu.redha Mu yang ku harapkan ya Allah . Alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah, kerna Engkau tidak jemu melayan kerenah hamba Mu yang hina ini, Engkau beri keampunan kepada diri ini , Engkau masih lagi beri petunjuk kepada hati ini, dan Engkau thabat hati ini di jalan yang mulia ini, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun, tak terluah rasenya syukur ku ini, dan tak terbalas sgl kebaikkan yang dilakukan kerana Mu, tapi apa yang aku boleh buat akan aku buktikan cinta ku kepada Mu dengan mengikut sunnah terbesar Rasul yang diutuskan oleh Mu kepada diri ini.Rasulullah s.a.w yang dirindui, ya Rasulullah rindunya diri ini pada mu, moga Allah memberi peluang kepada ku bertemu dgn mu dan bersama mu di sana nanti, (katakanlah (Muhammad), jika kamu menyintai Allah, ikutlah aku, niscaya Allah mencintai mu dan mengampuni dosa-dosamu" Allah Maha Pengampun, Maha Penyanyang";Ali 'Imran 3:31), akan aku seru manusia kepada Mu. ya Allah hanya Engkau yang aku harapkan, hanya Engkau yang ku bergantung dan hanya pada Mu ke sembah.

Tuesday, December 2, 2008

Redha Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan sekalian alam.



Redha?,apa yang kita faham dengan redha. islam nye seseorang apabila ia melafazkan kalimah syahadat (aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah). bila difikirkan macam mudah je kan nak masuk islam ni , hanya perlu lafaz kalimah syahadat je.mudah betul.cuba kita renungkan semula betul ke apa yang kta fikirkan tu, tak kan la senang macam tu je kita nak dapatkan syurga yang tiada tandingan nilainya.

Syahadat yang benar adalah syahadat yang akan melahirkan kerelaan hati (redha) untuk menerima Allah sebagai Ilah (Tuhan yang disembah). kerelaan hati yang dmaksudkan di sini adalah kita merelakan hati kita menerima apa yang Allah perbuat dan yang Allah kehendaki pada diri kita, serta kita rela menjalankan kewajipan yang telah diperintahkan oleh Nya dan beribadah semata-mata kerana Nya. apa yang Allah perbuat pada kita, tidak sepatutnya kita persoalkan kerana Allah Maha Mengetahui, Maha Adil, dan Maha Bijaksana. semua yang diperbuat Nya adalah untuk suatu hikmah yang sebahagiannya dapat kita ketahui namun banyak di antaranya yang tidak kita ketahui. contohnya Allah menyuruh wanita islam menutup aurat, hikmah yang kita dapat fikirkan adalah supaya wanita islam selamat daripada serangan nafsu seks buas lelaki, tetapi ade juga wanita yang tutup aurat dengan sempurna menjadi mangsa pemuas nafsu si jantan derhaka, contoh yang telah berlaku kepada saudara wanita kita di Iraq yang menutup aurat dengan sempurna siap pakai purdah lagi, tapi still jugak menjadi mangsa menyalurkan al-hawa' sks tentera2 penjajah yang zalim.maknanya ade hikmah yang kita tak dpt fikirkan, iaitu hikmah yang mendalam. sesungguhnya apa yang kita alami di dunia ini tak kira baik atau tidak baik ( bagi kita )j ika kita bersikap positif terhadap ketetapan Allah itu semuanya akan menjadi kebaikan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w

"sesungguhnya menakjubkan urusan orang yang beriman.semua urusannya pasti menjadi baik. hal seperti ini tidak terdapat pada seseorang kecuali pada diri orang beriman.kalau mendapat kebaikan ia bersyukur sehingga itu ia mendapat kebaikan. namun kalu mendapat keburukan ia bersabar sehingga dengan itu ia akan mendapat kebaikan".(HR Muslim)

Apabila kita mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita maka apa2 yang kita buat di dunia ni hanya lah semata-mata kerana Nya dan hanya untuk Nya. itulah hakikat sebenar apabila kita bergelar sebagai seorang hamba, dan apa yang perlu kita buat untuk Allah mestilah berdasarkan suruhan-Nya. maknanya kita buat ape yang Allah suruh je la dan kita tinggalkan perbuatan yang Allah larang.kalau kita tak ikut apa yang Allah cakap dalam al-Quran, Allah tak de rugi ape2 pun malahan dia boleh menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik lagi,sepertimana Dia menggantikan kaum nabi Nuh, 'Ad dan samud dengan kaum selepas mereka. "...dan jika kamu berpaling dari jalan yang benar Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan derhaka seperti kamu." (47:38). kalau kita pun, jika kita mempunyai seorang orang gaji, kita upah dia bekerja adalah supaya dia buat kerja yang kita suruh dan kita akan marah dia apabila dia buat benda lain selain daripada apa yang kita suruhkan, dan kalau dia tak buat apa yang kita suruh kita bolh pecat dia sesuka hati kita kan sebab kita boleh cari pekerja lain mungkin yang lagi bagus.begitu juga Allah.

kesimpulannya apabila kita telah merelakan jiwa kita menjadi seorang hamba Allah yang taat kepada perintah dan larangan-Nya insyaAllah Dia akan meredhai diri kita, apabila Allah mredhai diri kita isyaAllah di syurga lah pengakhiran hidup kita nanti.firman Allah dalam al-Kahf ayat 30-31 "sungguh mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kami benar2 tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu.mereka itulah yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dalam syurga itu mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar diatas dipan-dipan yang indah. itulah sebaik2 pahala dan tempat istirehat yang indah."

waAllahu'alam.