Tuesday, December 2, 2008

Redha Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan sekalian alam.



Redha?,apa yang kita faham dengan redha. islam nye seseorang apabila ia melafazkan kalimah syahadat (aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah). bila difikirkan macam mudah je kan nak masuk islam ni , hanya perlu lafaz kalimah syahadat je.mudah betul.cuba kita renungkan semula betul ke apa yang kta fikirkan tu, tak kan la senang macam tu je kita nak dapatkan syurga yang tiada tandingan nilainya.

Syahadat yang benar adalah syahadat yang akan melahirkan kerelaan hati (redha) untuk menerima Allah sebagai Ilah (Tuhan yang disembah). kerelaan hati yang dmaksudkan di sini adalah kita merelakan hati kita menerima apa yang Allah perbuat dan yang Allah kehendaki pada diri kita, serta kita rela menjalankan kewajipan yang telah diperintahkan oleh Nya dan beribadah semata-mata kerana Nya. apa yang Allah perbuat pada kita, tidak sepatutnya kita persoalkan kerana Allah Maha Mengetahui, Maha Adil, dan Maha Bijaksana. semua yang diperbuat Nya adalah untuk suatu hikmah yang sebahagiannya dapat kita ketahui namun banyak di antaranya yang tidak kita ketahui. contohnya Allah menyuruh wanita islam menutup aurat, hikmah yang kita dapat fikirkan adalah supaya wanita islam selamat daripada serangan nafsu seks buas lelaki, tetapi ade juga wanita yang tutup aurat dengan sempurna menjadi mangsa pemuas nafsu si jantan derhaka, contoh yang telah berlaku kepada saudara wanita kita di Iraq yang menutup aurat dengan sempurna siap pakai purdah lagi, tapi still jugak menjadi mangsa menyalurkan al-hawa' sks tentera2 penjajah yang zalim.maknanya ade hikmah yang kita tak dpt fikirkan, iaitu hikmah yang mendalam. sesungguhnya apa yang kita alami di dunia ini tak kira baik atau tidak baik ( bagi kita )j ika kita bersikap positif terhadap ketetapan Allah itu semuanya akan menjadi kebaikan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w

"sesungguhnya menakjubkan urusan orang yang beriman.semua urusannya pasti menjadi baik. hal seperti ini tidak terdapat pada seseorang kecuali pada diri orang beriman.kalau mendapat kebaikan ia bersyukur sehingga itu ia mendapat kebaikan. namun kalu mendapat keburukan ia bersabar sehingga dengan itu ia akan mendapat kebaikan".(HR Muslim)

Apabila kita mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita maka apa2 yang kita buat di dunia ni hanya lah semata-mata kerana Nya dan hanya untuk Nya. itulah hakikat sebenar apabila kita bergelar sebagai seorang hamba, dan apa yang perlu kita buat untuk Allah mestilah berdasarkan suruhan-Nya. maknanya kita buat ape yang Allah suruh je la dan kita tinggalkan perbuatan yang Allah larang.kalau kita tak ikut apa yang Allah cakap dalam al-Quran, Allah tak de rugi ape2 pun malahan dia boleh menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik lagi,sepertimana Dia menggantikan kaum nabi Nuh, 'Ad dan samud dengan kaum selepas mereka. "...dan jika kamu berpaling dari jalan yang benar Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan derhaka seperti kamu." (47:38). kalau kita pun, jika kita mempunyai seorang orang gaji, kita upah dia bekerja adalah supaya dia buat kerja yang kita suruh dan kita akan marah dia apabila dia buat benda lain selain daripada apa yang kita suruhkan, dan kalau dia tak buat apa yang kita suruh kita bolh pecat dia sesuka hati kita kan sebab kita boleh cari pekerja lain mungkin yang lagi bagus.begitu juga Allah.

kesimpulannya apabila kita telah merelakan jiwa kita menjadi seorang hamba Allah yang taat kepada perintah dan larangan-Nya insyaAllah Dia akan meredhai diri kita, apabila Allah mredhai diri kita isyaAllah di syurga lah pengakhiran hidup kita nanti.firman Allah dalam al-Kahf ayat 30-31 "sungguh mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kami benar2 tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu.mereka itulah yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dalam syurga itu mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar diatas dipan-dipan yang indah. itulah sebaik2 pahala dan tempat istirehat yang indah."

waAllahu'alam.

No comments: